top of page

 Carbon Footprint (Jejak Karbon)

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Selamat datang ke dunia jejak karbon dan kalkulator pengiraan karbon

pis.jpg
Industrial Smoke

Definisi Jejak Karbon

Jejak karbon ialah jumlah pelepasan CO2 dari semua aktiviti manusia atau entiti lain (organisma,kenderaan,bangunan,kilang)​

Jejak karbon Primer

Jejak karbon yang dihasilkan daripada proses pembakaran langsung bahan bakar fosil.Contohnya penggunaan kenderaan bermotor

Jejak Karbon sekunder

Jejak karbon yang dihasilkan daripada proses kitaran produk yang digunakan dari pembuatan sehingga penguraian.Contohnya adalah produk yang digunakan atau dimakan  setiap hari.

Gas Rumah Hijau (GHG)

GHG adalah gas yang menyerap dan memancarkan radiasi dalam lingkungan haba inframerah

Antara GHG yang utama adalah

1.      Karbon Dioksida (CO2)

2.      Metana (CH4)

3.      Klorofluorokarbon (CFC)

4.      Wap Air

KALKULATOR PENGIRAAN KARBON

untuk INDIVIDU

Kalkulator pengiraan karbon dibawah adalah kaedah yang paling mudah dan pantas untuk seseorang individu dapat mengetahui kadar pelepasan karbon 


Contoh: En K pergi ke pejabat dengan menaiki kereta berkuasa petrol.Jarak tempat kerja dengan rumahnya adalah 10km.Maka jumlah pelepasan karbon oleh En K dalam sehari adalah  Jarak (KM) x 0.21493 (coeficient kg CO eq/km) = 3.5 kgCO2E

Di pejabat anggaran jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh En K adalah sebanyak 10kWh.Jumlah pelepasan karbon daripada penggunaan tenaga elektrik ialah (kWh) x 0.713 (kgCO2e/kWh)

= 7.13 kgCO2E

Jumlah keseluruhan anggaran pelepasan karbon oleh En K dalam SEHARI adalah sebanyak  3.5 + 7.13 = 10.6 kgCO2E

Cara Mengatasi Pelepasan Karbon
CARBON OFFSET

Apa TINDAKAN yang perlu kita lakukan?

Daripada jumlah pelepasan karbon sebanyak 10 kg CO2E oleh En K,beliau perlu melakukan CARBON OFFSET iaitu dengan MENANAM POKOK

Pakar menyatakan (Environmentalist) untuk menghalang pemanasan global (global warming) setiap INDIVIDU perlu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 2500kg /tahun

Secara purata setiap pokok akan menyerap 0.07 tons (63.5 kg) CO2E setiap tahun

pokok.jpg

Menanam Pokok

GALERI GAMBAR AKTIVITI HIJAU DI PIS

WIne Turbines
TPSA FOR JKE
04:43
KWh detector using loT
01:30

Contact Me

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KM 10,JALAN KONG-KONG,81700 PASIR GUDANG JOHOR

072612488

+6072612044

Fish_edited.jpg
bottom of page