Eksplorasi Teknologi Tenaga Solar ke Ladang Solar Pasir Gudang
2 April 2026 – Seramai 32 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Ibrahim Sultan telah turun padang dalam Program Eksplorasi Teknologi Tenaga Solar bertempat di UiTM Solar Park II. Lawatan ini bukan sekadar jalan-jalan, tapi satu misi untuk melihat sendiri bagaimana tenaga matahari ditukar menjadi elektrik secara besar-besaran!.
Apa Yang Menarik Di Sini?
Sepanjang berada di sana, para pelajar bukan sahaja belajar teori, malah berpeluang melihat:
Aplikasi Sebenar: Menghubungkaitkan subjek Power System dan Projek 1 dengan teknologi industri yang terkini.
Komponen Teknikal: Melihat lebih dekat panel PV, inverter, dan bagaimana sistem ini disambungkan ke grid elektrik.
Sesi Hands-On: Mendengar taklimat teknikal tentang pemasangan, kos, dan cara penjagaan sistem solar yang betul.
Bukan Sekadar Ilmu, Tapi Pengalaman!
Program anjuran JKE dan Smart Green PIS ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang dunia kerja sebenar. Selain itu, ia juga adalah langkah kecil kami dalam menyokong usaha kelestarian alam sekitar melalui tenaga bersih (SDG 7) dan tindakan iklim (SDG 13).
Semoga pengalaman ini dapat membakar semangat bakal jurutera muda kita untuk terus meneroka bidang tenaga boleh baharu demi masa depan yang lebih hijau! 🌿












Comments