PROGRAM GIG ALUMNIPRENEUR: THE STARTUP
- PISzeroCarbon (PIS)
- Oct 23, 2024
- 1 min read
03 September 2024 - Program GIG ALUMNIPRENEUR: THE STARTUP telah berjalan dengan jayanya di Dewan Tunku Laksama Absul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan. Program di bawah anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama Unit Keusahawanan Persatuan Alumni Politeknik Ibrahim Sultan, MTDC, PUJB dan TEKUN. Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YBrs. Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS.
Pelbagai aktiviti sampingan telah dianjurkan seperti Perkongsian ilmu keusahawanan, Pameran PolyBrand, jualan Pelajar Keusahawanan PIS dan Jualan ‘Food Truck’. Melalui program ini diharap dapat memperkenalkan memperkenalkan konsep gig ekonomi kepada pelajar dengan memberi mereka pemahaman mendalam mengenai apa itu gig ekonomi, bagaimana ia berfungsi, dan peranan teknologi dalam membolehkan konsep ini berfungsi.
Semoga melalui program ini memberi manfaat dan impak positif kepada pelajar khasnya dan pensyarah serta Politeknik Ibrahim Sultan secara umumnya sebagai salah satu branch of knowledge trend baharu melalui ekonomi gig yang semakin berkembang ini.