top of page

LET'S GOTONG-ROYONG

Updated: Jan 21

Jawatankuasa EKSA Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) merancang untuk melaksanakan program gotong-royong di zon masing-masing dengan penyertaan penuh seluruh warga PIS. Program yang diberi nama Minggu Bersama EKSA: Kita Prihatin, Let’s Gotong-Royong ini akan berlangsung dari 13 hingga 17 Januari 2025. Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan, mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif di setiap zon, serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja Politeknik Ibrahim Sultan. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan memberikan impak positif kepada semua pihak yang terlibat. Bagi memastikan dokumentasi aktiviti berjalan lancar, semua PIC diminta untuk mengambil gambar keadaan sebelum dan selepas aktiviti gotong-royong bagi setiap zon.



KM10 Jalan Kong Kong

81700 Pasir Gudang

Johor Darul Ta'zim

No Tel : 07-261 2488

No Faks : 07-261 2402

  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube
  • TikTok
bottom of page