top of page

PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR "MUDBALL: MISI SUNGAI LESTARI"

Pada bulan Mac 2019, kawasan Pasir Gudang telah digemparkan dengan tragedi pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang memberi kesan besar kepada kesihatan pelajar dan masyarakat sekitar, termasuk warga SMK Pasir Putih. Insiden ini telah menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan penguatkuasaan undang-undang terhadap pencemaran industri. SMK Pasir Putih komited untuk menjadi contoh kepada sekolah lain dalam meneruskan usaha pemulihan secara berterusan melalui pendidikan, tindakan lapangan dan kerjasama rentas sektor. Sempena dengan Program SKAT 4 : Teknologi dan Bahasa Wadah Kemerdekaan Intelektual Bangsa SePASTI 2025, satu program dirangka sebagai inisiatif pasca-tragedi dan usaha pendidikan komuniti, pihak sekolah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Politeknik Ibrahim Sultan dan rakan industri seperti Petronas Gas Bhd, akan menganjurkan Program Mudball bagi memulih dan membersihkan sungai di sekitar Pasir Gudang melalui kaedah mikroorganisma efektif (EM). Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut: 1. Memberi pendedahan secara “hands on” dalam aktiviti yang dijalankan, sekali gus dapat

melahirkan pelajar yang holistik dalam semua bidang STEM·

  1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai·

  2. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kaedah pemulihan semula jadi menggunakan mudball (Mikroorganisma Efektif (EM)·

  3. Menyemai sikap tanggungjawab sivik dan kelestarian dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

  4. Mengukuhkan jaringan kerjasama antara sekolah, pihak berkuasa tempatan dan rakan industri.


ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


logo-pis1_edited.png

KM10 Jalan Kong Kong

81700 Pasir Gudang

Johor Darul Ta'zim

No Tel : 07-261 2488

No Faks : 07-261 2402

  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube
  • TikTok

Give us your feedback

We’d love to hear what you thought about us.

bottom of page