top of page

SEMINAR ESG & PEMERKASAAN DIRI

14 Ogos 2025 : Satu program bertemakan "Kuasa di Tangan Anda: Seminar ESG dan Pemerkasaan Diri 2025" telah dianjurkan hasil kerjasama antara Smartgreen, Politeknik Ibrahim Sultan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kehadiran seramai 303 orang peserta terdiri daripada kalangan kakitangan serta pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.


Secara umumnya, program ini bertujuan untuk menyemai amalan dan tabiat penggunaan tenaga elektrik yang cekap dan berhemah di kalangan warga politeknik. Selain itu, ia juga berperanan meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan teknologi terkini dalam amalan kecekapan tenaga, khususnya dalam konteks kelestarian dan pematuhan kepada prinsip ESG (Environmental, Social and Governance).


Program ini juga turut memupuk kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam kalangan generasi muda yang bakal memimpin masa depan dan memberikan pendedahan yang lebih signifikan kepada masyarakat umum terhadap peranan TNB sebagai penyokong gaya hidup tenaga pintar selaras dengan objektif Malaysia Energy Literacy Program (MELP).


Selain itu, seminar ini juga dimeriahkan dengan reruai pameran yang terdiri daripada TNB Retail Johor, Smart Meter, Broadband Allo, Pameran A Guide to Home Appliancer and Efficiency dari Politeknik Merlimau Melaka serta pameran kereta EV (Electric Vehicle).


Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Seng Yen Phing, Lead (State Retail Customer & Partner Engagement-Johor) SME & Residential, Retail Division, Tenaga Nasional Berhad. Turut hadir Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, barisan pengurusan kanan PIS, serta wakil-wakil pengurusan daripada Tenaga Nasional Berhad.



ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


logo-pis1_edited.png

KM10 Jalan Kong Kong

81700 Pasir Gudang

Johor Darul Ta'zim

No Tel : 07-261 2488

No Faks : 07-261 2402

  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube
  • TikTok

Give us your feedback

We’d love to hear what you thought about us.

bottom of page