PIS RAIH ANUGERAH GEMILANG KEMAMPANAN POLYCC SUST AWARD 2025
- PISzeroCarbon (PIS)
- Oct 23, 2025
- 1 min read
29 September 2025 - Alhamdulillah dan Tahniah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kerana berjaya merangkul Anugerah Gemilang Kemampanan bagi Bidang Tumpuan Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim, juga merupakan berada pada Kedudukan ke-396 – UI GreenMetric World University Rankings 2024.
Pengiktirafan ini diterima oleh Timbalan Pengarah Akademik PIS, Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim bersama Hj Hamzah bin Zakaria Timbalan Pengarah Governan dan Strategik PIS, pada Majlis POLYCC Sust Award 2025 yang berlangsung di Hotel Casuarina, Meru Ipoh, malam tadi.
Pengiktirafan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan mengetengahkan amalan-amalan mampan (sustainability) di dalam kampus politeknik dan kolej komuniti serta menghargai usaha dan inisiatif mahasiswa, staf, dan institusi kampus dalam menerapkan prinsip kelestarian di peringkat kampus.
Pencapaian ini sekaligus membuktikan komitmen PIS dalam menerapkan budaya hijau, kelestarian dan pengurusan mampan sebagai teras warga kampus.Terima kasih diucapkan kepada pasukan Smart Green PIS atas dedikasi & usaha berterusan dalam memastikan PIS terus melakar impak positif sejagat melalui Agenda Pembangunan Lestari (SDG).








Comments