PENGUMPULAN SISA BUANGAN E-WASTE
- PISzeroCarbon (PIS)
- Jun 19
- 1 min read
Program Pengumpulan Sisa Buangan E-Waste merupakan satu inisiatif lestari yang dianjurkan oleh Kelab Mesra Alam, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bermula 12 Februari 2025 sehingga 12 Mac 2025. Program ini terbuka kepada semua warga PIS termasuk pelajar, pensyarah dan kakitangan sebagai satu langkah proaktif dalam menggalakkan pengurusan sisa elektronik secara bertanggungjawab dan mesra alam. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk menyerahkan peralatan elektronik lama atau rosak seperti telefon bimbit, bateri, komputer riba, pengecas, kabel serta perkakas elektrik kecil yang tidak lagi digunakan. Barangan yang dkumpulkan akan disalurkan kepada pihak yang dilantik dan diiktiraf untuk dikitar semula mengikut prosedur selama lima minggu berturut-turut dan dijalankan secara aktif pada setiap Rabu iaitu semasa waktu aktiviti kokurikulum. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong amalan kelestarian alam sekitar tetapi juga bertujuan mendidik warga kampus mengenai bahaya pembuangan e-waste secara sembarangan serta kepentingan pengurusan sisa elektronik yang sistematik. Melalui program ini, Kelab Mesra Alam berharap dapat memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti kampus terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar, disamping menyokong usaha negara dalam mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) khususnya dalam aspek penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab (SDG12) serta tindakan terhadap perubahan iklim (SDG13). Program ini mencerminkan komitmen Politeknik Ibrahim Sultan dalam mebentuk generasi pelajar yang bukan sahaja celik teknologi, malah bertanggungjawab terhadap kesan alam sekitar daripada penggunaannya.

Comments