SEMINAR "KITAR SEMULA TEKNOLOGI: TINDAKAN KITA, MASA DEPAN BUMI"
- PISzeroCarbon (PIS)
- Jun 19
- 1 min read
Seminar bertajuk "Kitar Semula Teknologi: Tindakan Kita, Masa Depan Bumi" telah berjaya dianjurkan pada 23 April 2025 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) oleh Kelab Mesra Alam PIS. Seminar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kesedaran alam sekitar yang menyasarkan golongan pelajar dan warga kampus untuk lebih peka terhadap isu-isu berkaitan sisa buangan teknologi atau lebih dikenali sebagai e-waste. Tujuan utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan peserta mengenai kepentingan amalan kitar semula peralatan teknlogi dan elektronik seperti telefon bimbit, komputer, semua peralatan teknologi dan elektronik seperti telefon bimbit, komputer, bateri dan perkakas elektrik kecil sebagai usaha penting dalam memelihara alam sekitar serta menjamin kelestarian masa depan bumi. Antara pengisian utama seminar termasuk ceramah ilmiah oleh penceramah jemputan dari Jabatan Alam Sekitar Johor yang berkongsi maklumat penting tentang pengurusan e-waste di Malaysia, cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh individu dan komuniti. Selain itu, pencegahan yang boleh diambil oleh individu dan komuniti. Selain itu, seminar turut diserikan dengan sesi interaktif yang memfokuskan kepada proses dan teknologi yang terlibat dalam pengurusan serta kitar semula sisa elektronik termasuk demonstrasi ringkas tentang pemisahan komponen elektronik secara selamat. Para peserta seminar turut didedahkan kepada statistik semasa berkaitan penghasilan sisa elektronik di Malaysia serta impaknya terhadap kesihatan manusia dan ekosistem sekiranya tidak dikendalikan secara betul. Penyampaian fakta dan data ini bertujuan untuk membuka mata masyarakat kampus terhadap keperluan mendesak untuk bertindak secara bertanggungjawab terhadap sisa buangan teknologi. Seminar ini telah menarik penyertaan daripada pelajar pelbagai kelab kokurikulum antaranya Kelab Kraftangan, Kelab Rekacipta, Kelab Layang-Layang, Kelab Pengguna dan Kelab Mesra Alam sendiri.

Comments